|
The Cutiest Own
Credits
Basecode : T E A
Template : Zahra
Owner : Fakhira
BLOG ARCHIVE
TUTORIAL GUNA BLOGSKIN
BILA PERIOD JANGAN ...
HUKUM " LIKE " GAMBAR TIDAK MENUTUP AURAT
STUDY FOR YOUR LIFE
HOW TO CHANGE FACEBOOK THEME ( GOOGLE CHROME ONLY ! )
CARA TUKAR FB CHAT KEPADA HELLO KITTY DAN TEDDY BE...
MUDAHNYA NAK DAPAT PAHALA :)
TIPS MEMBEZAKAN PERFUME ORIGINAL ATAU TIRUAN
MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK KEMASUKAN UNIVERSITI
Hai semua, setelah sekian lama tak berblog sebab malas nak taip, tak cukup dan sebagainya lah haha. Okay, actually terdetiknya nak buat entry dalam blog ni kerana sekarang ni calon SPM 2017 tengah tunggu result kan? So mungkin sesetengah student try nak survey nak masuk universiti mana and so on. Oleh kerana saya baru je lepasi tahap tu, so nak share lah pengalaman lepas dapat result untuk isi UPU ataupun kolej mana mana. Pengalaman ke? Eh? Entahlah, korang baca jelah haha. Mana tahu, dapat info sikit sikit 😊😊. Sebelum tu entry ni agak panjang, so kalau malas nak baca boleh terus skip tau hahaha, kbye!
Alright, lepas dapat keputusan SPM 2016 tuu..terus balik rumah lahh haha. Then terus bukak website upu untuk mohon universiti. Result? Alhamdulillah, bersyukur sebab lulus and takde fail. Addmath yang selama ni asyik gagal je, SPM lulus hihi. Masa tu mulalah makcik makcik bawang membandingkan result anak anak mereka huhh😣. So upu ni diberi 8 pilihan untuk kita isi. Disebabkan fa ni memang dari dulu minat yang berkaitan dengan komputer, multimedia and editing apa semua so mintak lah diploma multimedia, teknologi maklumat...tapi semua diploma lah sebab asasi kena belajar subjek bio, fizik, kimia tu lagi nanti 😂. Kalau boleh nak elaklah sebab tak guna ambik, belajar kalau tak minat kan? nanti kalau kecundang, pandai pandai lah tanggung haha. Tapi kalau dah minat, apply jelah asasi takpun matriks. Selain itu, fa jugak mohon matriks and KPM. KPM ni best sebab tiap tiap bulan dapat elaun 300 and yuran pun murah. So kalau nak jimat, apply lah KPM okay? 😛 KPM tu fa mohon dilploma yang berkaitan dengan multimedia jugak and course tu dkt KPM Kuantan.
Lepas keputusan SPM tu dapat, first result permohonan yang keluar dulu adalah matriks. Mohon haritu sebab nak try nasib je haha and last last dapat matrikulasi dekat Perlis. Jauh nau nau haha. Then bila matrikulasi dapat, form 6 tak dapat lah T_T. Nak buat rayuan untuk form 6 actually, tapi bila difikirkan balik tunggu jelah keputusan upu and kpm tu keluar. Mana tahu dapat course yang nak kan, hehe.
Nak ringkaskan cerita, bawah ni senarai universiti and kolej yang dapat tapi ditolak kerana sebab seba tertentu.
1. Matrikulasi Akaun dekat Perlis ( tolak sebab parent tak yakin anaknya boleh go on dengan akaun *sob sob)
2. Interview course dekat UiTM Dungun ( dah sampai kuala terengganu then patah balik sebab dapat tawaran lain 😅) . Lagipun kalau interview ni lepas, course ni ada dekat UiTM negeri Melaka je kalau tak silap. My dad tak kasi anak die belajar jauh2 🙈. Biasalah anak bongsu perempuan hihi.
3. Kolej Profesional Mara dekat Indera Mahkota, Kuantan. Alhamdulillah, bila check dekat website dapat tapi tolak jugak sebab jauh haha even kakak belajar dekat kuantan jugak tapi bila difikirkan balik tak lama lgi die dah nak grad. Bila die dah grad nanti, keseorang ku di sana huhuhu.
4. German Malaysia Institute (Gmi) - tolak sebab die bagi course network T_T. Tak berapa suka sangat coding coding ni hehehehe
Last but not least, bila result UPU nak keluar nervous jugak sebab takut dapat yang tak minat. Maunya dicampak dekat Sabah ke macam mana huhu. Tak merasa la nak balik selalu sebab tiket flight mahal kan. So tepat jam 12 tengahari (rasenye 12 kot haha)...dengan rasa nervousnya bukak lah website yang nak check UPU tu, then keluarlah Fakhira Ruhiya anda telah berjaya mendapat tawaran course DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT dekat UiTM. Dalam fikiran, zappp hah sudahlah pebenda course ni hahha. Tapi UiTM tu tak tau lagi dapat kat mana (pukul 3 baru boleh check). Tak nak bagitau lagi dkt parent course apa dapat sebab tempat pengajian dapat kat mane en huhuhu, takut diorang risau nanti kang tergendala kerja diorang haha *joke.
Lepas tu terus pergi google, check UiTM mane yang tawarkan course tu. Bila buka je website, terus berdebar gelisah semua ada sebab negeri Kedah, Johor and Kelantan yang tawarkan course tu weh. Mampus kalau diorang campak dekat Johor T_T. Then saat saat yang telah di tunggu tunggu telah tiba iaitu pukul 3 *jeng jeng jeng* (keluar keputusan tempat pengajian)
ALHAMDULILLAH ! 😠Rasanye masa tu Allah je tahu betapa happynya diri ni :') . Siapa sangka dapat dekat sempadan negeri je, UiTM Machang. So, itu adalah pilihan yang terbaik fa setelah tolak beberapa tawaransebelum ni huhu.
Btw, doakan fa supaya dapat grad dengan jayanya tau and wish me luck for 4 semester to go ! So thats all for today, for those yang dapat habiskan baca entry ni thank you so much. Untuk student yang tengah tunggu result sekarang ni, I wish you good luck too ! Moga dapat result yang terbaik muahh.
If ada anything yang nak tanya, boleh tanya direct dekat facebook, instagram atau twitter okay? search je Fakhira Ruhiya nanti keluarlah hikss. Kalau komen takut tak terbaca nanti hehe
| |
0 Comments:
Post a Comment